Selamat petang dan Salam Sejahtera.
Aku sedang bengang sekarang ni. Bengang tersangat
dengan manusia bergelar jantan! Orang lelaki terutama lelaki sejati, korang
boleh pergi main jauh-jauh, kalau bukan berkenaan dengan korang, lebih baik
jangan gatal nak sentap!
Aku ada seorang kawan dan dia dah berkahwin selama 3
tahun. Dia sangat cantik, putih gebu dan kecil molek orangnya. Dia berkahwin
dengan abang angkatnya. Aku sangka mereka sangat bahagia bila melihat kemesraan
mereka. Aku nyaris percaya, suami dia adalah lelaki sejati yang setia dan
bertanggungjawab. Tapi, baru-baru ini aku bertemu dengan kawan aku ni. Mukanya
cengkung kerana kurang tidur akibat masalah rumah tangga yang sedang
dihadapinya. Asalnya dia tak nak bercerita dengan aku tentang masalahnya tapi,
hari yang sama juga aku terserempak dengan suaminya bersama perempuan lain di
mall.
Aku call kawan aku dan ajak dia berjumpa. Bukan aku
nak busy body hal rumah tangga mereka tapi aku geram sangat bila suaminya
buat-buat tak kenal aku bila aku menegurnya bersama perempuan yang entah siapa
tu. Kami buat pertemuan face to face di sebuah restoran. Aku tanya kawan aku
tentang kehidupannya dan tiba-tiba dia menangis teresak-esak di depan aku.
Katanya, dia tak sanggup bermadu dengan janda anak lima. Aku terkejut sangat
mendengar pengakuannya. What A Stupid nonsense? Kawan aku tu baru berusia 20-an
dan masih comel lagi. Suaminya pula berlaku curang dengan janda anak lima? Tak
mengarut sangat ke? Apa yang istimewa sangat betina tu dan apa yang jantan,
suami kawan aku tengok pada janda tu?
Bagi aku la, walaupun janda tu masih cantik, aku
rasa kawan aku lagi cantik daripada janda tu. Maaflah, semua janda di luar
sana, kalau anda semua bukan jenis suka merampas suami orang, jangan nak sentap
tak memasal pula. Aku tak tuju pun statement ni kat korang. Yang mana makan
cili tu, biar mereka saja yang rasa pedasnya. Aku tahu bukan semua janda tu
miang. Cuma sebahagian saja, yang tak dapat mengawal nafsu, dan suka mencari
pasal dengan jantan-jantan yang reti nak bersyukur saja.
Baru-baru ini kawan baikku A, hantar video viral
padaku. Video yang dirakam sendiri oleh isteri dan anak-anak jantan yang
berlaku curang. Aku tak nak memadamkan muka betina isteri orang dan jantan
suami orang yang berskandal tu. Aku juga tak memihak isterinya yang meviralkan
video tu. Semuanya aku tak setuju. Bagi aku isteri yang meviralkan video
suaminya dan betina lain itu tetap salah. Suami tetap suami dan dia tak layak
untuk mengaibkan suaminya sendiri. Betina itu pun walaupun dia salah kerana
berskandal dengan suami orang, dia juga ada harga diri. Maksud aku, aib dia tak
elok kalau disebarkan macam tu. Nobody perfect! Boleh saja kalau nak meluahkan
perasaan tak puas hati tapi bukan dengan meviralkan aib orang sebegitu. Ok..ada
orang kata, cara aku pun salah juga. Aku setuju dan aku tegaskan di sini
sekurang-kurangnya aku tak mention nama si pelaku. Aku tak upload gambar atau
video mereka. Aku cuma meluahkan rasa sakit hati aku saja. Salahkah caraku ini?
Aku pun sedar statement aku banyak menguris hati
orang lain, macam kawan aku warning aku tadi, ‘’Kau tak takut ke kalau
jantan-jantan poyo tu semua marah kau?’’ Takut? Kenapa aku perlu takut pada
mereka? Mereka pun tak takut dengan Allah. Ada isteri yang halal tapi masih
bermain cinta dengan isteri orang lain. Sepatutnya, mereka yang perlu takut, bukannya
aku! Manusia, kalau cakap pasal dosa orang lain, mereka memang terror tapi dosa
sendiri, buat-buat tak nampak saja. Mereka rasa, mereka tu baik sangat, sampai
mereka terlupa, mereka juga hamba yang yang tak pernah sempurna!
Aku? Aku tak pernah pun kata aku ni tak ada dosa!
Korang tu yang suka sangat menuding jari sampai korang terlupa satu jari korang
tuding untuk orang lain, jari yang selebihnya sedang menuding ke arah diri
sendiri. Selepas korang baca entry Siah ni, kalau nak tuding jari pada orang
lain juga, pastikan 4 jari lagi korang kudungkan dulu. Ada berani ke?
Cukup sampai di sini entry Siah hari ini. Selebihnya
Siah nak simpan untuk topik lain pula. Buat orang ramai yang suka sebarkan
video viral terutama yang membabitkan aib orang lain, lebih baik hentikan
tabiat tu dengan segera. Hari ini hari mereka terima azab dimalukan di dunia
ini. Hari esok mungkin hari anda pula. Siah? Apa kena mengena dengan Siah pula?
Siah tak pernah sebarkan aib orang pun. Siah hanya meluahkan perasaan tanpa video
ataupun gambar. Siah tak salah pun!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan