Pengikut

Isnin, 29 Oktober 2018

Ratapan Hati Seorang Isteri!


Huh! Lelaki, kononnya mereka tahu segalanya. Jangan percayalah, semuanya auta belaka! Lelaki ni sebenarnya langsung tak prihatin. Aku pernah terbaca coretan seorang isteri dalam sebuah blog dan aku ingin kongsikan dalam entryku kali ini.

Namaku Sal, (nama samaran). Umur aku? Biarlah rahsia dan aku sudah berkahwin dan mempunyai anak. Suami aku seorang lelaki yang sangat baik dan seorang yang penyabar. Mungkin, antara kami berdua, aku lebih banyak kekurangannya berbanding dia. Aku akui, aku seorang yang panas baran dan cepat melenting namun macam mana aku cepat baran, begitu jugalah aku cepat sejuk. Aku marah selalunya bersebab. Kalau dah stress dan tertekan mestilah aku mengamuk. Akukan manusia biasa, ada hati dan perasaan.

Aku sedar, tak ada manusia yg sempurna atas dunia ini, begitu juga dengan suami aku. Dia juga ada kekurangannya. Dia bukan seorang suami yang prihatin. Dia tak pandai memujuk, bahkan tak pernah memujuk saat aku merajuk. Romantik? Jauh panggang dari api!

Aku bukan nak kutuk suami aku. Tak! Dia baik, cuma aku tak puas hati sebab dia pernah berjanji aku akan bahagia hidup dengannya, tapi sepanjang 20 tahun lebih perkahwinan kami, aku lebih banyak memendam rasa luka dalam hati. Aku hanya boleh berkongsi bahagia dengannya, namun semua rasa duka terpaksa aku pendam seorang diri. Di depannya aku berwajah tenang, di belakangnya aku menangis seorang diri. Ah..suamiku itu, andai aku menangis teresak-esak di depannya pun, dia takkan pernah tanya kenapa dan mengapa. Sudah banyak kali terjadi, namun esakan aku langsung tak ada kesan diwajahnya. Bertanya pun tidak. Tak pernah dia ambil tahu. Ya, dia baik sangat tapi dia bukan seorang suami yang prihatin! Aku hanya bahagia di depannya saja. Di belakangnya air mata yg sering menemaniku..
Suamiku, andai kau tahu ini, apakah tindakanmu? Aku ingin tahu, adakah kau akan berubah sikap dan akan lebih prihatin selepas ini? Oh ya, hari ini adalah hari kelahiranku, dan aku tak pernah mengharapkan apa-apa hadiah pun, terutamanya dari suamiku. Lebih baik dia tak kasi aku hadiah daripada aku dapat hadiah yang tak pernah menepati citarasaku! Itu juga buat air mataku mengalir tanpa sedar. Aku sayangkan suamiku, tapi kenapa dia tak pernah prihatin dengan kehendakku?

Aku bukan tak nak bersyukur dengan pemberian Allah ini. Alhamdulillah, aku dikurniakan dengan seorang suami yang baik dan sangat penyayang tapi kerana dia terlalu baiklah memberi aku banyak tekanan. Sejak kami kahwin lagi, semua orang memuji dia baik, bak kata terlalu baik hingga tak ada orang akan nampak keburukannya. Kalau ada kepincanagan dalam rumah tangga kami, maka akulah yang salah. Semua orang akan salahkan aku! Semua orang akan tuding jari padaku! Adilkah itu? Aku pernah baca kata-kata ini dalam laman social. ‘’Orang hanya nampak kita berubah, tapi orang tak pernah cari sebabnya kenapa kita berubah’’.

Betul, aku memang banyak berubah sejak 20 tahun yang lalu. Di awal perkahwinan kami aku seorang yang manja dan kuat merajuk. Pertengahan perkahwinan aku lebih romantik dan cukup prihatin. Ketika ini aku terlalu menyayanginya. Cintaku padanya seolah tak akan dapat ditukar ganti. Terlalu sayang hingga tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Namun, segala apa yang aku lakukan seolah tak dihargai. Kadang-kadang aku jadi marah dengan diri sendiri. Ikhlaskah aku dalam memberi kasih sayangku padanya? Aku jadi keliru dengan diri sendiri. Orang kata, dalam perkahwinan harus memberi dan menerima tapi hanya aku yang memberi, dia seola-olah mengabaikan keperluan batinku. Jangan salah faham, keperluan batin tu bermaksud suara hatiku yang ketandusan kasih sayang dan perhatian darinya.

Aku benar-benar rasa tercabar dengan sikapnya. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk bersikap dingin. Aku sudah malas untuk menjadi romantis, apatah lagi nak bermanja dan merajuk. Aku berubah terus dari isteri yang prihatin kini menjadi isteri yang berhati kering. Aku lebih banyak menghabiskan masaku di depan skrin laptop. Ada saja kerja yang nak aku lakukan. Aku hanya menjaga makan dan minumnya, mengemas rumah dan melayan anak-anak. Layanan aku terhadapnya berjalan seperti biasa, cuma kami sudah jarang berkomunikasi.

Aku rasa bahagia dengan kerjaku sebagai penulis blog. Aku lebih banyak menghabiskan masaku berkomunikasi dengan orang luar berbanding keluarga sendiri. Dengan suamiku hanya sesekali saja aku melayannya berbual. Aku sudah malas untuk berhujah dengannya. Dia tak pernah menyebelahiku. Tak tahulah di mana silapnya. Di depan orang dan di depan dia, mungkin aku terlihat sangat bahagia, namun hanya Allah saja yang tahu, aku lebih banyak memendam rasa. Aku menangis di dalam hati setiap masa. Hanya pada Allah tempat aku mengadu. Hanya Allah tempat aku bergantung.

Huhu..apalah nasib jadi isteri yang nampak bahagia di depan orang, tapi menderita batin seorang diri? Aku yang baca ni pun turut jadi keliru dengan statementnya. Suaminya baik tapi tetap tak sempurna. Aku tahu dan aku akui takkan ada manusia yang sempurna. Dia masih memuji suaminya baik sedangkan dia menderita? Aku tak tahu, apa masalah yang membelenggu dirinya. Aku tak dapat menilai dengan hanya membaca sebahagiaan luahan hatinya. Alangkah bagusnya kalau aku dapat kenal dia di alam nyata dan bertanya apa masalahnya. Berat hati yang membaca, mungkin lagi berat sang pemilik blog yang menanggung bebannya. Oh dunia yang dipenuhi dengan jantan sebegini, di manakah perasaan dan budi bicara korang? Di mana hati nurani korang? Belajarlah ilmu mengambil hati seorang isteri sebelum berkahwin. Jangan hanya nak bahagia seorang diri saja!!!


Siah ayat-ayat ceroi berhenti di sini. Panjang umur jumpa lagi..k bai.


2 ulasan:

  1. Kita kena hentikan angan2 seperti dalam novel atau cerita petang2 di TV3 selepas berkahwin barulah kita boleh terima seadanya pasangan kita...Kita yg perlu bahagiakan diri kita dan keluarga barulah rasa bahagia tu hadir tanpa kita sedari...berbanding menunggu pasangan membahagiakan kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maznah bm, yang ni manuskrip cerpen What A Stupid Words? Tak ada kena mengena dengan reality..

      Padam

Ratapan Hati Seorang Isteri!

Huh! Lelaki, kononnya mereka tahu segalanya. Jangan percayalah, semuanya auta belaka! Lelaki ni sebenarnya langsung tak prihatin. Aku pern...